Jumaat, 21 Oktober 2011

Inovasi Unjam Menambah Sumber Perikanan Pantai

Di negara Jepun, pembinaan tukun tiruan konkrit telah di bina sejak tahun 1940an lagi sebagai usaha pemuliharaan sumber perikanan pantai. Program Marinovation dimana program pembangunan industri perikanan secara holistik yang memberi penekanan kepada pemuliharaan sumber perikanan pantai bermula dalam tahun 1990an apabila EEZ di kuatkuasakan oleh FAO.
Jabatan Perikanan Malaysia telah melancarkan beberapa tukun tiruan sebelum Mantan Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid memperkenalkan program mengumpul tayar terpakai untuk pembinaan tukun tiruan pada tahun 1980an.
Pembinaan tukun tiruan / unjam unjam adalah di laksanakan bagi tujuan memulihara sumber perikanan di peraiaran pantai dalam Zon A iaitu 5 batu notika dari pantai, yang pupus akibat dari kerakusan operasi pukat tunda.
Para nelayan pantai melihat program ini amat baik bagi menambah rezeki mereka . Walau bagaiamana pun, tukun tiruan tayar terpakai yang di labuhkan di dasar laut masih boleh di tarik ke darat oleh bot pukat tunda.
Jawatan Kuasa Pertanian dan Perikanan Negeri Terengganu pada tahun 1983 telah memperkenalkan pembinaan tukun tiruan konkrit. Bermula dengan modul selinder konkrit, di tambahbaik dengan kuboid dan akhir nya Bio Ceramik. Ia dapat mencegah pencerobohan pukat tunda kerana pukat mereka musnah. Dari pemerhatian para penyelam, lobster , sotong turut membiak di kawasan unjam konkrit selain dari menjadi peranti ikan. Batu karang lembut dan batu karang keras juga tumbuh di tukun konkrit.
Selain dari menjadi kawasan yang menarik bagi penyelam untuk melihat kawanan ikan, ia nya juga telah membantu program sirkit memancing pantai dan laut dalam yang di perkenalkan oleh akhbar Berita Harian menerusi Sirkit Memancing. Sekaligus program ini membantu mempromosikan kampung nelayan sebagai destinasi pelancongan. Tambah pula dengan aktiviti Medan Ikan Bakar yang di usahakan oleh para nelayan, termasok beberapa Persatuan Nelayan Kawasan.
Di Jepun juga, penggunaan tukun tiruan di kaji untuk usaha memulihara hakisan pantai dan amat wajar di kaji oleh kerajaan Malaysia.
penyelam memeriksa kuboid konkrit untuk membarsih pukat yang tersangkut pada tukun tiruan

bunga karang lembut tumbuh pada kuboid konkrit

ikan berkumpul dan membiak di persekitaran Bio Ceramik

kawanan ikan komersial berkumpul di kuboid konkrit, kawasan selamat dari gangguan pukat tunda

tukun tiruan konkrit di turunkan dari tongkang untuk di labuh di dasar laut. Ikan mula berkumpul seawal 3 minggu selepas di labuh.

ikan tenggiri berat 5 kg di kail di kawasan unjam unjam

barisan konkrit di labuhkan di dasar laut sejajar dengan pantai. Ia berfungsi meredakan aliran arus dasar laut serta mengurangkan kesan hempasan ombak ke pantai selepas melintasi jajaran barisan konkrit di dasar laut.

Lihat paparan yang berkaitan mengenai Tukun Tiruan / Unjam Unjam Konkrit yang telah di labuhkan.

4 ulasan:

  1. Encik Mohd Nor selain daripada tukun tiruan apa lagi langkah-langkah yg perlu dilakukan untuk memastikan sumber perikanan kita mengcukupi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua nya adalah dalam ketentuan Allah SWT.Kepupusan sumber perikanan adalah berpunca dari kerakusan manusia, yang merosakkan ekosistem yang membiak sumber seperti pemusnahan hutan bakau, pencemaran laut, pencerobohan vesel yang merosakkan sumber perikanan pantai. Justeru, untuk memulihara sumber, pemuliharaan hutan bakau, program pelepasan benih di peraiaran awam/ tasik dan muara sungai, penguatkuasaan larangan keatas vesel yang memusnahkan sumber di peraiaran pantai adalah langkah yang perlu di laksanakan. Bagaimana pun kita perlu bertawakal kepada Nya setalah segala usaha di laksanakan dengan sebaik nya, InsyaAllah.

      Padam
  2. Salamualaikum..

    Adakah pembangunan tukun sesuai di kawaasan muara dan selat? Contohnya Port Klang. Kebanyakan cerita tentang tukun, semuanya di pantai timur atau kawasan terbuka saja. Adakah tukun tiruan seperti tayar sesuai di kawasan ini? Untuk pengetahuan, kami sedang membina tukun tiruan di kawasan kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika air nya cetek serta menjadi kawasan laluan bot atau kapal, ia nya kurang sesuai. Tukun tiruan berfungsi untuk menarik ikan bermain, berkumpul dan membiak.Satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah keadaan dasar laut/muara/ selat. Jika ia nya berlumpur, tukun tiruan boleh terbenam dan tidak boleh berfungsi. Di pantai barat juga banyak di bina tukun tiruan/ unjam unjam oleh Jabatan Perikanan dan LKIM.

      Padam