Isnin, 14 November 2011

Ketahui Pembeli Keli Ikut Saiz Matang

Setelah melalui tempoh yang tidak menentu dari segi ternakan keli dan pemasaran nya, kini saya berdepan dengan masalah tidak ada ikan untuk bekalan kepada pelanggan/ pembeli. Fenomena ini di alami oleh penternak keli individu maupun milik syarikat.

Kita mungkin ada 10 atau 20 kolam maupun lebih dari itu. Kita akan cuba isi dengan benih untuk kesemua kolam serentak dengan benih yang sama saiz. Bila dah capai saiz matang / pasaran, dalam masa 3 - 4 bulan, kita sudah ada banyak stok tetapi tiada pembeli. Kalau kita nak jual kepada peniaga restoran, mungkin boleh di beli 2 -3 kg saja bagi keli saiz 7-8 ekor/kg. Untuk pengusaha ikan salai, mungkin saiz 6-7 ekor/kg di perlukan. Kata lah kita dapat jual kesemua ikan tersebut kepada pemproses, mungkin kita akan kehilangan mereka kepada penternak lain yang dapat bekal pada setiap minggu/bulan oleh kerana kita tidak ada ikan untuk di jual dalam 3 bulan berikut nya kerana saiz ikan masih kecil.

Justeru pengurusan ternakan keli yang mapan perlukan perancangan yang teliti untuk perkara berikut:
  • pengurusan modal operasi untuk belian benih dan pelet
  • jadual belian benih untuk pengeluaran yang berterusan
  • jadual belian makanan pelet ikut saiz
  • jadual penggredan dan unjuran tuaian ikut saiz yang di pelukan oleh pelanggan
  • jadual jualan untuk pembeli borong seperti pengusaha ikan salai
  • jadual jualan untuk pembeli runcit seperti pengusaha kantin / katering
  • penyampaian maklumat amaran awal stok ikan kepada pembeli
  • penyimpanan maklumat ternakan dan jualan
  • simpan kira kira dan kawalan mudahtunai
Bila kita beli 1000 ekor benih keli saiz 3-4", bila kita buat grading, saiz tumbesaran nya berbeda. Dari pengalaman kami, apabila di buat grading, saiz besar dalam 30%, saiz sedang dalam 50% dan saiz kecil 20%. Kalau kita beli benih yang kurang berkualiti, kita akan alami tumbesaran ikan terbantut walaupun makanan habis.

Dalam kontek diatas, 30% besar boleh di jual pada saiz 6-7 dalam tempoh 3 bulan, 50% pada saiz 6-7 dalamasa 3 bulan setengah dan 20% lagi dalam masa 4 bulan.

Bagi memastikan ikan dapat di jual pada setiap 2 minggu/ bulan, belian benih perlu di buat pada setiap 2 minggu. Pastikan kita ada kolam yang kosong 2 atau lebih pada setiap masa untuk mengisikan ikan yang di gred mengikut saiz tumbesaran yang berbeda.

Bagi memastikan pembeli ikan kita sentiasa membeli ikan yang kita ternak, kita perlu ketahui saiz ikan yang mereka perlukan. Bagi pengusaha kantin sekolah, saiz 10 ekor/kg di perlukan kerana murid sekolah hanya mampu bayar RM 1.00/ekor. Bagi pengusaha restoran. saiz 7 - 8 ekor/kg supaya mereka dapat jual antara RM 1.50 - RM 2.00/ekor. Bagi pengusaha ikan salai, mereka perlu saiz 5-7 ekor/kg.

Harga jualan ikan juga perlu kita bezakan kerana kos makanan pelet yang tinggi. Pada kelaziman nya, ikan keli di beri makan 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Jika kita dapat beri makan sekali sehari tanpa menjejaskan tumbesaran nya, ia nya adalah lebih baik. Fokus kita perlu kepada pembeli borong, yang dapat beli semua hasil dari satu satu kolam berbanding dengan pembeli runcit. Jika ada pembeli borong yang dapat beli pada harga RM 3.50 hingga RM 4.00/kg itu adalah yang terbaik untuk operasi. Kalau yang hanya mahu beli pada harga RM 2.60/kg, ia akan merugikan pengusaha ternakan keli pelet.

Bagi pembeli dari kalangan pengusaha kantin atau katerer, harga jualan wajar antara RM 4.50 hingga RM 5.00/kg. Kalau ada yang nak beli pada harga yang lebih tinggi, ia nya adalah jualan bonus.

Justeru, bagi memastikan ternakan kita sentiasa ada pembeli dan operasi kita mendapat untung dan mapan, amalan pengurusan projek yang baik amat di perlukan dan di urus sendiri dengan tekun. 

Sampah Kebun Jadi EnziMulia

Saya telah sebut dalam catitan ternakan ikan keli sebelum ini mengenai penggunaan EM ( Effective Microorganism ) yang di bancoh dengan pelet dan di beri makan sekali sahaja sehari.

Saya perolehi ilmu dari internet untuk membuat Enzyme Garbage ( Enzime Dapor - ED ), hanya menggunakan bahan dari sisa buangan sayor di campor dengan gula merah dan di masokkan kedalam air yang di simpan dalam tong kedap udara selama 3 bulan. Dalam bulan pertama, saya kacau untuk membuang gas setiap hari selama sebulan. Selepas itu di tutup selama 2 bulan. Di akhir bulan ketiga baru saya buka dan ambil larutan saya yang di tapis sisa sampah tersebut.

Air keli saya campor dengan ED, saya siram pokok dalam kebun saya. Alhamdulillah subur dan itulah baja yang saya gunakan tanpa kena bayar. Pokok pisang dah berbuah. Begitu juga dengan pokok anggor dan bunga bungaan ( orkid /halocunian ).

Enzime Dapor 1 saya guna sisa buangan sayor dengan 1/2 kg guna merah dan 5 liter air. Selapas tu saya guna sisa dari bahan untuk membuat bubur lambuk dari dapor masjid Masjid al ansar, Taman Keramat Kuala Lumpur untuk membuat Enzime Dapor Ramadhan.

Kelihatan sisa buangan serai yang terapong, di kacau untuk di buang gas dari larutan air yang di tambah dengan gula merah setiap hari selama sebulan dalam bulan pertama .

Ini maklumat yang saya temui dari internet mengenai nisbah penggunaan bahan untuk membuat ED.


Diatas adalah  beberapa gambar dan dokumen untuk rujukan mengenai proses membuat ED. Selamat mencuba nescaya anda juga boleh berjaya dan mendapat manfaat nya.InsyaAllah.  

Ahad, 23 Oktober 2011

Medan Ikan Bakar satu inovasi pemasaran ikan

Saya masih ingat cerita pengalaman Dato' Sabri Ahmad, Presiden Felda Global Venture sewaktu beliau menjadi boss saya di LKIM dulu mengenai kisah nelayan Sepang yang hanya dapat menjual ikan kembong dengan harga 50 sen sekilo kepada taukeh pada awal tahun 70an sekembali nya dari laut. Sebalik nya taukeh tersebut dengan mudah dapat menjual kepada pelanggan dengan harga RM 2.00 sekilo tanpa bersusah payah kelaut.

Pengalaman nelayan di Sepang turut di alami oleh nelayan pesisir pantai di tempat lain. Hasil tangkapan seharian mereka sedikit dan tidak ekonomiks untuk di pasarkan keluar. Justeru, mereka terdedah kepada penindasan taukeh yang mempunyai kuasa monopoli keatas hasil tangkapan nelayan pesisir pantai.

Idea kreatif yang di cetuskan oleh Tan Sri Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian Malaysia yang berkempen supaya " Makan ikan Berlaukkan Nasi " telah dapat di terjemahkan oleh LKIM dengan pengenalan rangkaian Medan Ikan Bakar, di usahakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK ). Ia nya bertujuan supaya nelayan menjual terus ikan kepada PNK dan PNK pula mengusahakan Medan Ikan Bakar (MIB).

Dengan kemajuan operasi MIB yang di langgani oleh pengunjung tempatan dan asing, ahli keluarga nelayan dapat peluang bekerja dengan MIB. Sekaligus derita nelayan di tindas oleh orang tengah boleh diatasi. Apa yang di perlukan ialah komitmen nelayan untuk bebaskan diri dari ikatan orang tengah dan bertaukeh dengan PNK, yang dapat memberi keuntungan yang berganda. Ini selari dengan saranan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datu Seri Noh Omar , semasa merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Nekmat kali ke 26 pada 20 Jun, 2011 yang lalu supaya nelayan jual ikan kepada PNK/ Nekmat.

Nekmat dapat beri dividen tinggi melebihi 20% kepada ahli jika ahli bersatu dalam pemasaran ikan yang di kelolai nya

Dengan operasi MIB yang baik, ia nya menjadi pusat kunjungan pelancong tempatan dan luar kawasan. Ramai penggemar makanan ikan bakar dari Singapura sanggup datang ke Johor dan Melaka, semata mata untuk menikmati sajian ikan segar yang di daratkan oleh nelayan pesisir pantai.
nelayan di bayar harga yang baik oleh PNK, pelanggan di letakkan harga sajian seperti yang di paparkan dan MIB PNK Melaka Barat mempunyai 30 orang petugas, dari kalangan ahli keluarga nelayan, di bayar antara RM 600 hingga RM 800 seorang sebulan.

nelayan hasilkan udang kasar segar untuk MIB PNK Melaka Barat sajikan kepada pelanggan

sotong segar MIB hidangkan sajian sotong goreng tepong untuk pelanggan nikmati

nelayan telah dapat mengagak berapa pendapatan hasil dari jualan ikan mereka dengan PNK Melaka Barat

dengan pendapatan lumayan, kelengkapan teknologi net hauler, yang mempercepatkan operasi tangkapan ikan dapat di adakan oleh ahli PNK Melaka Barat

Pelanggan MIB PNK Melaka Barat tidak hiraukan berapa harga yang perlu di bayar sebalik nya mereka mahu ikan yang di pilih segar dan masakan enak tanpa was was halal nya.

Saya paparkan seperti diatas beberapa gambar yang menarik dari operasi Medan Ikan Bakar yang di usahakan oleh PNK Melaka Barat. Selain operasi MIB, PNK Melaka Barat juga mengoperasikan Pasar Nelayan , Chalet Nelayan di samping menjalankan projek pemasaran ikan bagi ahli ahli yang mendapat pinjaman Dana Nelayan, yang di sediakan oleh LKIM.
  

Lobster membiak di Unjam Selinder Konkrit

Lobster atau Udang Karang adalah hidupan laut yang mahal harga nya. Ia nya di sajikan di restoran makanan laut bertaraf lima bintang. Lazim nya Lobster yang di sajikan di hotel bertaraf 5 bintang di import dari luar negara seperti Australia.
Kalau kita ke Sabah, kita boleh menikmati sajian lobster di restoran makanan laut terutama nya di restoran terapong di Semporna.Lobster yang di sajikan adalah di tangkap oleh nelayan tempatan dan di jual hidup kepada pengusaha restoran lebih dari RM 50/kg.
Di Pengerang, Johor, ramai nelayan pantai yang menangkap lobster sebagai sumber pendapatan yang utama berbanding dengan tangkapan ikan.
Semasa kerajaan negeri Terengganu memberikan peruntukan kepada LKIM untuk memulakan pembinaan unjam unjam konkrit menggunakan selinder, ada dua kawasan unjam yang boleh menghasilkan lobster iaitu di perairan Batu Rakit dan perairan Pulau Kapas.
Jika sekira nya usaha memulihara dan membiak losbster di beri perhatian yang serius, ia nya dapat menghasilkan bekalan lobster kepada restoran lima bintang disamping memberi pendapatan yang tinggi kepada nelayan. Ia nya juga menjadi daya tarikan kepada aktiviti eko pelancongan ketempat tersebut terutama nya kepada penyelam skuba.
lobster berlindong dalam unjam selinder konkrit dan membesar dengan memakan habitat di sekitar unjam.

Lobster yang telah matang dan boleh mendapat harga pasaran yang tinggi untuk nelayan

En Azman, penyelam skuba LKIM yang bertanggongjawab dalam program pembinaan unjam unjam oleh LKIM. Beliau banyak merujuk kepada program pembinaan tukun tiruan dari negara Jepun untuk menghasilkan inovasi unjam.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Inovasi Unjam Menambah Sumber Perikanan Pantai

Di negara Jepun, pembinaan tukun tiruan konkrit telah di bina sejak tahun 1940an lagi sebagai usaha pemuliharaan sumber perikanan pantai. Program Marinovation dimana program pembangunan industri perikanan secara holistik yang memberi penekanan kepada pemuliharaan sumber perikanan pantai bermula dalam tahun 1990an apabila EEZ di kuatkuasakan oleh FAO.
Jabatan Perikanan Malaysia telah melancarkan beberapa tukun tiruan sebelum Mantan Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid memperkenalkan program mengumpul tayar terpakai untuk pembinaan tukun tiruan pada tahun 1980an.
Pembinaan tukun tiruan / unjam unjam adalah di laksanakan bagi tujuan memulihara sumber perikanan di peraiaran pantai dalam Zon A iaitu 5 batu notika dari pantai, yang pupus akibat dari kerakusan operasi pukat tunda.
Para nelayan pantai melihat program ini amat baik bagi menambah rezeki mereka . Walau bagaiamana pun, tukun tiruan tayar terpakai yang di labuhkan di dasar laut masih boleh di tarik ke darat oleh bot pukat tunda.
Jawatan Kuasa Pertanian dan Perikanan Negeri Terengganu pada tahun 1983 telah memperkenalkan pembinaan tukun tiruan konkrit. Bermula dengan modul selinder konkrit, di tambahbaik dengan kuboid dan akhir nya Bio Ceramik. Ia dapat mencegah pencerobohan pukat tunda kerana pukat mereka musnah. Dari pemerhatian para penyelam, lobster , sotong turut membiak di kawasan unjam konkrit selain dari menjadi peranti ikan. Batu karang lembut dan batu karang keras juga tumbuh di tukun konkrit.
Selain dari menjadi kawasan yang menarik bagi penyelam untuk melihat kawanan ikan, ia nya juga telah membantu program sirkit memancing pantai dan laut dalam yang di perkenalkan oleh akhbar Berita Harian menerusi Sirkit Memancing. Sekaligus program ini membantu mempromosikan kampung nelayan sebagai destinasi pelancongan. Tambah pula dengan aktiviti Medan Ikan Bakar yang di usahakan oleh para nelayan, termasok beberapa Persatuan Nelayan Kawasan.
Di Jepun juga, penggunaan tukun tiruan di kaji untuk usaha memulihara hakisan pantai dan amat wajar di kaji oleh kerajaan Malaysia.
penyelam memeriksa kuboid konkrit untuk membarsih pukat yang tersangkut pada tukun tiruan

bunga karang lembut tumbuh pada kuboid konkrit

ikan berkumpul dan membiak di persekitaran Bio Ceramik

kawanan ikan komersial berkumpul di kuboid konkrit, kawasan selamat dari gangguan pukat tunda

tukun tiruan konkrit di turunkan dari tongkang untuk di labuh di dasar laut. Ikan mula berkumpul seawal 3 minggu selepas di labuh.

ikan tenggiri berat 5 kg di kail di kawasan unjam unjam

barisan konkrit di labuhkan di dasar laut sejajar dengan pantai. Ia berfungsi meredakan aliran arus dasar laut serta mengurangkan kesan hempasan ombak ke pantai selepas melintasi jajaran barisan konkrit di dasar laut.

Lihat paparan yang berkaitan mengenai Tukun Tiruan / Unjam Unjam Konkrit yang telah di labuhkan.

Air Keli Jimatkan Belanja Baja Tanaman Kebun

Air ternakan keli yang di buang ketika proses tuaian dan penggredan, air tersebut sebahagian nya di gunakan untuk menyiram pokok pisang, pokok limau , pokok anggor dan juga pokok bunga orkid di kebun saya.
Tiada baja kimia di gunakan. Juga tidak ada baja tambahan lain yang di gunakan. Pokok pisang tandok dan pisang nangka yang saya beli dari Stesen Mardi diJalan Kebun telah berbuah dan anak benih di alih tanam.
Pokok anggor yang saya beli dari kedai bunga di Sungai Buloh telah membesar dan berbuah hasil dari siraman air keli. Saya juga telah membuat benih anggor dari ranting yang di pangkas. Kini telah saya tanam anak benih anggor yang saya semai dan membesar dengan subur.
Bunga Orkid yang di tanam dari semaian benih dari spisis Oncidium mengeluarkan bunga hasil dari siraman air keli. Tanaman pokok bunga yang lain seperti pokok bunga halia juga subur.
Inovasi tanaman yang saya laksanakan dalam kebun saya boleh membantu petani menambah hasil pendapatan mereka.
Pisang Tandok berbuah hasil siraman air keli.

Benih pisang nangka subur selepas pokok asal ditebang setelah berbuah.

Pokok anggor subur

buah anggor hijau

anak pokok yang di semai sendiri membesar

Bunga halia merah yang bertunas di potong dan di semai

bunga orkid yang kembang mekar

orkid spisis catelya berbunga
Lihat gambar yang berkaitan dengan nya

Urusan Ternakan Keli

menyauk ikan untuk di gredkan

memberi makan pelet yang ber EM

menggred ikan ikut saiz tumbesaran
Merujuk kepada paparan Keusahawanan IBU, aktiviti yang di jalankan oleh isteri saya adalah seperti dalam gambar berikut

Keusahawanan IBU

Syukur saya kepada Illahi kerana usaha saya menternak ikan keli mendapat sokongan padu dari isteri saya seorang suri rumahtangga. Projek keli telah menambahkan lagi kerukunan dalam keluarga kami.
Sepanjang 2 tahun kami mengusahakan ternakan keli, isteri saya lah yang menjadi peneraju utama ternakan keli. Beliau akan memeriksa kolam, menukar air dan membuat grading dan pindahan ikan. Malah untuk menjual ikan, dia akan menangguk ikan. Saya menguruskan kerja yang agak ringan, menyediakan makanan pelet berfomulasi dan menimbang selain uruskan kebun dan tanaman orkid.
Anda akan dapat lihat aktiviti yang di jalankan deperti dalam gambar yang berkembar.

Rabu, 19 Oktober 2011

Keli Saya Makan Sekali Sehari

Kerajaan telah memperkenalkan Program Bumi Hijau sebagai satu usaha untuk menambah bekalan makanan untuk guna sendiri dan selebih nya boleh di jual. Ramai yang mencuba nya setelah mendapat bantuan dari pihak kerajaan.
Dalam kontek ternakan ikan keli, pihak Jabatan Perikanan Malaysia menyediakan bantuan tangki , benih dan makanan pelet serta EM untuk peserta yang terlibat.
Berlandaskan konsep Program Bumi Hijau, saya juga mencuba nya dengan membina dua kolam simen di tepi rumah dalam kawasan Taman Perumahan di Selayang. Bermula dengan program ternakan secara kontrak di mana hasil tuaian nya akan di beli oleh pembekal. Malang nya amalan dan akujanji seperti dalam kontrak tidak berpanjangan di akibatkan oleh kegagalan di pihak pembekal.
Bagi meneruskan usaha yang telah bermula serta meneruskan program hidup sihat selepas bersara, saya usahakan ternakan keli saya berlandaskan konsep Inovasi Bumi Hijau ( IBU ).
Komponen IBU ialah ternakan keli, berkebun dan menanam orkid.
Ikan keli saya beri makan pelet yang di rendam dengan air ber ENZIME. Enzime saya hasilkan sendiri dari sisa buangan dapor dan kebun. Keli hanya di beri makan sekali sehari dan tumbesaran nya InsyaAllah baik di mana dalam seratus hari dah mulai boleh tuai untuk jualan.
Air ternakan keli saya gunakan untuk siraman keatas pokok pisang yang saya beli anak pokok hasilan kultur tisu jenis pisang nangka, tandok dan berangan dari Mardi. Pisang tandok dan pisang nangka dah berbuah dan anak pokok di alih untuk di tanam semula.
Air ternaakan keli di campor Ezime, di buat siraman pokok bunga orkid dan hidup segar. Orkid jenis oncidium dancing lady sentiasa keluarkan juraian bunga nya.

Blog Untuk Kongsi Pengalaman

Semoga di laman ini kita boleh berkongsi pengalaman untuk kebaikan ummah di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.
Maklumbalas anda amat di alu alukan untuk memperbaiki persembahan dan kandungan nya bagi menghasilkan impak yang baik seperti yang di hajati.
Selamat berkongsi ide dan pengalaman.