Saya perolehi ilmu dari internet untuk membuat Enzyme Garbage ( Enzime Dapor - ED ), hanya menggunakan bahan dari sisa buangan sayor di campor dengan gula merah dan di masokkan kedalam air yang di simpan dalam tong kedap udara selama 3 bulan. Dalam bulan pertama, saya kacau untuk membuang gas setiap hari selama sebulan. Selepas itu di tutup selama 2 bulan. Di akhir bulan ketiga baru saya buka dan ambil larutan saya yang di tapis sisa sampah tersebut.
Air keli saya campor dengan ED, saya siram pokok dalam kebun saya. Alhamdulillah subur dan itulah baja yang saya gunakan tanpa kena bayar. Pokok pisang dah berbuah. Begitu juga dengan pokok anggor dan bunga bungaan ( orkid /halocunian ).


Diatas adalah beberapa gambar dan dokumen untuk rujukan mengenai proses membuat ED. Selamat mencuba nescaya anda juga boleh berjaya dan mendapat manfaat nya.InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan