Kita mungkin ada 10 atau 20 kolam maupun lebih dari itu. Kita akan cuba isi dengan benih untuk kesemua kolam serentak dengan benih yang sama saiz. Bila dah capai saiz matang / pasaran, dalam masa 3 - 4 bulan, kita sudah ada banyak stok tetapi tiada pembeli. Kalau kita nak jual kepada peniaga restoran, mungkin boleh di beli 2 -3 kg saja bagi keli saiz 7-8 ekor/kg. Untuk pengusaha ikan salai, mungkin saiz 6-7 ekor/kg di perlukan. Kata lah kita dapat jual kesemua ikan tersebut kepada pemproses, mungkin kita akan kehilangan mereka kepada penternak lain yang dapat bekal pada setiap minggu/bulan oleh kerana kita tidak ada ikan untuk di jual dalam 3 bulan berikut nya kerana saiz ikan masih kecil.
Justeru pengurusan ternakan keli yang mapan perlukan perancangan yang teliti untuk perkara berikut:
- pengurusan modal operasi untuk belian benih dan pelet
- jadual belian benih untuk pengeluaran yang berterusan
- jadual belian makanan pelet ikut saiz
- jadual penggredan dan unjuran tuaian ikut saiz yang di pelukan oleh pelanggan
- jadual jualan untuk pembeli borong seperti pengusaha ikan salai
- jadual jualan untuk pembeli runcit seperti pengusaha kantin / katering
- penyampaian maklumat amaran awal stok ikan kepada pembeli
- penyimpanan maklumat ternakan dan jualan
- simpan kira kira dan kawalan mudahtunai
Dalam kontek diatas, 30% besar boleh di jual pada saiz 6-7 dalam tempoh 3 bulan, 50% pada saiz 6-7 dalamasa 3 bulan setengah dan 20% lagi dalam masa 4 bulan.
Bagi memastikan ikan dapat di jual pada setiap 2 minggu/ bulan, belian benih perlu di buat pada setiap 2 minggu. Pastikan kita ada kolam yang kosong 2 atau lebih pada setiap masa untuk mengisikan ikan yang di gred mengikut saiz tumbesaran yang berbeda.
Bagi memastikan pembeli ikan kita sentiasa membeli ikan yang kita ternak, kita perlu ketahui saiz ikan yang mereka perlukan. Bagi pengusaha kantin sekolah, saiz 10 ekor/kg di perlukan kerana murid sekolah hanya mampu bayar RM 1.00/ekor. Bagi pengusaha restoran. saiz 7 - 8 ekor/kg supaya mereka dapat jual antara RM 1.50 - RM 2.00/ekor. Bagi pengusaha ikan salai, mereka perlu saiz 5-7 ekor/kg.
Harga jualan ikan juga perlu kita bezakan kerana kos makanan pelet yang tinggi. Pada kelaziman nya, ikan keli di beri makan 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Jika kita dapat beri makan sekali sehari tanpa menjejaskan tumbesaran nya, ia nya adalah lebih baik. Fokus kita perlu kepada pembeli borong, yang dapat beli semua hasil dari satu satu kolam berbanding dengan pembeli runcit. Jika ada pembeli borong yang dapat beli pada harga RM 3.50 hingga RM 4.00/kg itu adalah yang terbaik untuk operasi. Kalau yang hanya mahu beli pada harga RM 2.60/kg, ia akan merugikan pengusaha ternakan keli pelet.
Bagi pembeli dari kalangan pengusaha kantin atau katerer, harga jualan wajar antara RM 4.50 hingga RM 5.00/kg. Kalau ada yang nak beli pada harga yang lebih tinggi, ia nya adalah jualan bonus.
Justeru, bagi memastikan ternakan kita sentiasa ada pembeli dan operasi kita mendapat untung dan mapan, amalan pengurusan projek yang baik amat di perlukan dan di urus sendiri dengan tekun.