Pengalaman nelayan di Sepang turut di alami oleh nelayan pesisir pantai di tempat lain. Hasil tangkapan seharian mereka sedikit dan tidak ekonomiks untuk di pasarkan keluar. Justeru, mereka terdedah kepada penindasan taukeh yang mempunyai kuasa monopoli keatas hasil tangkapan nelayan pesisir pantai.
Idea kreatif yang di cetuskan oleh Tan Sri Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian Malaysia yang berkempen supaya " Makan ikan Berlaukkan Nasi " telah dapat di terjemahkan oleh LKIM dengan pengenalan rangkaian Medan Ikan Bakar, di usahakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK ). Ia nya bertujuan supaya nelayan menjual terus ikan kepada PNK dan PNK pula mengusahakan Medan Ikan Bakar (MIB).
Dengan kemajuan operasi MIB yang di langgani oleh pengunjung tempatan dan asing, ahli keluarga nelayan dapat peluang bekerja dengan MIB. Sekaligus derita nelayan di tindas oleh orang tengah boleh diatasi. Apa yang di perlukan ialah komitmen nelayan untuk bebaskan diri dari ikatan orang tengah dan bertaukeh dengan PNK, yang dapat memberi keuntungan yang berganda. Ini selari dengan saranan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datu Seri Noh Omar , semasa merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Nekmat kali ke 26 pada 20 Jun, 2011 yang lalu supaya nelayan jual ikan kepada PNK/ Nekmat.


